Hampir 200 orang pelajar, ibu bapa hadir pada hari ahad 24 Oktober 2009. Pelbagai acara diadakan dan penuh meriah dan berjaya menjalinkan ukhwah sesama ibu-bapa dan penjaga pelajar PASTI.
Majlis penutup dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Saudi dari Al Nadwah Kuantan. Beliau sempat membawa ibu-bapa dan penjaga pelajar PASTI akan peri pentingnya pendidikan Islam seawal pra sekolah dalam ucapan perasmian beliau.
Pihak Lajnah PASTI dan jawatankuasa Pasti At-taufiq ingin merakamkan ucapan terima-kasih kepada semua mereka yang terlibat menjayakan program tersebut serta ibu-bapa dan penjaga pelajar-pelajar PASTI.
Beberapa photo sempat dirakamkan untuk tatapan bersama..