Wednesday 4 November 2009

HARI KELUARGA PASTI AT TAUFIQ 2009

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN, di bawah Lajnah PASTI yang dipimpin oleh Ustaz Fadhilah dan Saudara Wan Zabidi telah menganjurkan hari keluarga PASTI AT-taufiq di kawasan perkelahan Pantai Sepat, Penor Kuantan.

Hampir 200 orang pelajar, ibu bapa hadir pada hari ahad 24 Oktober 2009. Pelbagai acara diadakan dan penuh meriah dan berjaya menjalinkan ukhwah sesama ibu-bapa dan penjaga pelajar PASTI.

Majlis penutup dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Saudi dari Al Nadwah Kuantan. Beliau sempat membawa ibu-bapa dan penjaga pelajar PASTI akan peri pentingnya pendidikan Islam seawal pra sekolah dalam ucapan perasmian beliau.

Pihak Lajnah PASTI dan jawatankuasa Pasti At-taufiq ingin merakamkan ucapan terima-kasih kepada semua mereka yang terlibat menjayakan program tersebut serta ibu-bapa dan penjaga pelajar-pelajar PASTI.

Beberapa photo sempat dirakamkan untuk tatapan bersama..


No comments: