Thursday 1 November 2007

HARI KELUARGA PASTI AS-SIDDIQ MERIAH

9hb September 2007, Jabatan PASTI PAS Pekan telah menganjurkan Hari Keluarga PASTI As- Siddiq di Kawasan Perkelahan Pantai Sepat, Penor Kuantan. Kehadiran hampir 90% ibu-bapa pelajar PASTI As-Siddiq telah menggamit suasana yang ceria dan meriah pasa hari tersebut.

Program bermula dengan mengadakan aktiviti pertandingan mewarna, diikuti sarapan pagi, dan sukaneka kanak-kanak dan ibu bapa pelajar Pasti. Program sukanekan dikendalikan oleh Sdr. Isha Asmawi dengan dibantu sepenuhnya AJK Pemuda PAS Kawasan Pekan. Juga membantu ialah Sdr. Abang PAR (Mat Sabu), Ismail atau Mail, Abang Wan Zainuddin dan ramai lagi.


Pada sessi tengahari diadakan solat zohor berjamaah dan tazkirah pendek oleh YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kassim Abdul Manaf. Pada sebelah petang selepas solat zohor diadakan sukaneka dan penyampaian hadiah yang disempurkan oleh YDP PAS Kawasan Pekan dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan.

Berikut adalah galeri photo pada hari tersebut;

























No comments: