Wednesday 10 September 2008

KARNIVAL SUKAN PASTI AT TAUFIQ - PULAU SERAI PEKAN

Pekan - Pada 27 Julai 2008 lalu bertempat di Pantai Taman Gelora Kuantan , pihak pengurusan PASTI Pekan yang diketuai oleh Pengarahnya Ust. Fadillah dan Pengerusi PASTI Ust Rosdhan telah berjaya mengadakan karnival sukan PASTI Pulau Serai. Program bermula dengan para pelajar PASTI dibawa menyusuri Sungai Kuantan dan lawatan ringkas ke Taman Haiwan
Teruntum Kuantan sebelum ke Pantai Taman Gelora bagi menjalankan acara sukan.

Dengan kepelbagaian acara yang disusun, serta penglibatan kaum keluarga yang cukup baik maka maka karnival sukan telah berjalan dengan lancarnya serta menepati jangkaan masa yang diperuntukkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dipanjangkan kepada
semua pelajar , guru PASTI dan kaum keluarga yang terlibat secara langsung atau tidak dalam usaha menjayakan karnival ini.

Pihak pengurusan dan jawatankuasa penganjuran karnival yang diketuai oleh AJK Pemuda Pekan Sdr. Wan Zabidi , Sdr Syed Hasnol,Sdr Ujang dan tak ketinggalan Abg Ghapar atau sinonim dengan panggilan Mat Sabu telah bertungkus lumus menjayakan karnival ini turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua bagi mewakili pihak Ketua Pemuda Pekan Ust Fadhil Nor Abd Karim.

Posted by : cerry